Saturday, 25 February 2012

Pengenalan Solidworks 3D Design (CAD)

Salam sejahtera,

Kali ini saya akan menerangkan lebih lanjut berkenaan program Solidworks. Solidworks adalah 3D mekanikal program yand dikeluarkan oleh Dassault System SolidWorks Corp. Program ini biasanya diguna secara meluas oleh jurutera-jurutera dan juga jurutera pereka di seluruh dunia.


Di Malaysia, terdapat hanya satu agen penjual yang bertanggungjawab untuk menjual program Solidworks ini iaitu CadVision. CadVision menyediakan khidmat menjual produk, bantuan teknikal, dan juga menyediakan kursus latihan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk mendapatkan program ini. CadVision akan membantu pelanggan untuk menyelesaikan isu design yang kritikal, analisis dan CNC pengeluaran. Antara produk yang ditawarkan oleh CadVision seperti;
  1. SolidWorks 3D Design (CAD)
  2. SolidWorks Simulation (CAE / CFD)
  3. Product Data Management (PDM)
  4. 3D Technical Publication
  5. Solidworks Sustainability
  6. SolidCAM (CNC / CAM)
  7. Solution Partners
  8. Free CAD Tools
  9. Product Matrix
  10. DraftSight (2D CAD)
  11. Product Matrix 2
Tetapi di dalam blog ini saya hanya mengfokuskan untuk Solidworks 3D Design (CAD) sahaja. Ini kerana dalam program Solidworks produk ini lah yang paling penting kerana ia asas kepada produk - produk yang lain. Di dalam produk SolidWorks 3D Design (CAD) ini terdapat beberapa topik untuk dipelajari seperti;
  1. SolidWorks Essentials
  2. SolidWorks Advanced Part
  3. SolidWorks Advanced Assembly
  4. SolidWorks Sheet Metal
  5. SolidWorks Simulation
  6. SolidWorks Drawing
Biasanya untuk belajar asas Solidworks, empat topik iaitu Essentials, Advanced Part, Advanced Assembly, dan Drawing mesti kita tahu. Jadi di dalam blog saya lebih memberi penekanan untuk empat topik ini. Di harap anda semua dapat memahani penerangan yang serba ringkas ini. Sekian.





No comments:

Post a Comment